Friday, March 30, 2012

Tanggungjawab.

Tanggungjawab? apa yg aku cuba nak cerita sebenarnya..
saat aku tulis ini semua aku masih tak dapat gambarkan apa yang aku nak potretkan kat blog nie..Emm,
mungkin apa yang aku nak cerita ada kaitan dengan seseorang yang rapat denganku

jadi siapa yang perlu bertanggungjawab?
kita masing-masing ada kita punya tanggungjawab, sebagai anak,ibu,bapa,pelajar,ketua,pekerja pendek kata
semua kena bertanggungjawab untuk mereka yang di bawah.

ini bukan ceramah agama atau kuliah jumaat or whatsoever
cuma muqaddimah untuk apa yang aku bakal nukilkan.

Seorang bapa sepatutnya bertanggungjawab ke atas anaknya even dia sudah tidak lagi bersama dgn ibu kpd anaknya itu. Hubungan suami isteri boleh terputus, tapi tidak anak beranak. Nafkah masih perlu dibayar untuk anak dan isteri, dan katakan isteri sudah berkahwin masih lagi ada anak yg perlu ditanggung. Don't be selfish!
Kau ada anak, kau kena ingat tanggungjawab kau. Aku pernah bekerja di satu kedai bersama seorang lelaki lingkungan 40-an, pelajarannya tidak lah tinggi hanya sekadar kuli di kedai makan bersama aku. Perwatakannya baik, ayah kepada 3 orang anak yang masih kecil. Namun orangnya gigih bekerja, walau gajinya seciput, dan taukenya kedekut, aku pun menerima nasib yang sama, lupakan pasal aku..apa yang aku nak sampaikan seorang bapa harus pikul tanggungjawab bukan melepaskannya! Anak-anak tetap darah daging kau, kau mesti taknak dipersoalkan di akhirat tentang tanggungjawab kau kan?

Aku bukan marah, cuma mengingatkan tapi sedikit kecewa jika seorang bapa bersikap sebegini rupa. Ingatlah wahai kaum bapa, anda adalah ketua keluarga dan tanggungjawab anda BESAR!

No comments:

Post a Comment